NASAB NABI S.A.W




عَنْ أَبِي سُفْيَانَ بْنِ حَرْبٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ هِرَقْلَ لـمَّا سَأَلَهُ عَنَ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ:   ثُمَّ كَانَ أَوَّلَ مَا سَأَلَنِي عَنْهُ أَنْ قَالَ كَيْفَ نَسَبُهُ فِيكُمْ قُلْتُ هُوَ فِينَا ذُو نَسَبٍ فَقَالَ كَذَلِكَ الرُّسُلُ تُبْعَثُ فِي نَسَبِ قَوْمِهَا

Daripada Abu Sufyan bin Harb r.a, bahawa Heraklius pernah bertanya kepadanya tentang Nabi s.a.w, katanya: Kemudian perkara yang pertama kali ditanya oleh Heraklius tentang Nabi s.a.w adalah: Bagaimanakah kedudukan nasabnya dalam kalangan kamu? Aku menjawab: Beliau di antara kami memiliki nasab baik-baik (mulia). Maka berkata Heraklius: Demikianlah seorang rasul dibangkit dalam kalangan kaumnya. (Diringkaskan daripada Shahih al-Bukhari, no. 6)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ: بُعِثْتُ مِنْ خَيْرِ قُرُونِ بَنِي آدَمَ قَرْنًا فَقَرْنًا حَتَّى كُنْتُ مِنْ الْقَرْنِ الَّذِي كُنْتُ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w berkata: “Aku diutus pada masa kurun terbaik anak keturunan Adam, dari generasi ke generasi hingga aku berada pada generasi yang pada masanya aku hidup.” (Shahih al-Bukhari, no. 3293)

عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأسْقَعِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَقُولُ:( إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَعِيلَ وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ

Daripada Watsilah bin al-Asyqa’ r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: “Sesungguhnya Allah memilih Kinanah daripada keturunan Ismail, dan memilih Quraisy daripada Kinanah dan memilih daripada Quraisy (golongan) Bani Hasyim dan memilih aku daripada kalangan Bani Hasyim.” (Shahih Muslim, no. 4221)

عَنْ  أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah berkata Rasulullah s.a.w: “Aku adalah pemimpin keturunan Adam pada hari qiamat dan orang pertama yang keluar daripada kubur, orang pertama yang memberi syafaat dan orang pertama yang mendapat syafaat.” (Shahih Muslim, no. 4223)

Nama penuh nabi kita adalah:

مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ المُطَّلِبِ بْنِ هَاشِمِ بْنِ عَبْدِ مَنَافِ بْنِ قُصَيِّ بْنِ كِلَابِ بْنِ مُرَّةَ بْنِ كَعبِ بْنِ لؤَيِّ بْنِ غالِبِ بْنِ فِهْرِ بْنِ مَالِكِ بْنِ النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ بْنِ مُدْرِكَةَ بْنِ إِلْيَاسَ بْنِ مُضَرَ بْنِ نِزَارِ بْنِ مَعَدِّ بْنِ عَدْنَان

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Lu`ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma`ad bin `Adnan. (Riwayat al-Bukhari secara Muallaq dalam bab Perutusan Nabi)

Berkata Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari Syarh Shahih al-Bukhari, juz. 10, hal. 293: Nasab Nabi s.a.w sehingga `Adnan adalah disepakati. Ada pun antara `Adnan dan Ismail bin Ibrahim a.s maka ada perselisih tentangnya.

قَالَ ابْنُ هِشَامٍ : وَأُمّهُ آمِنَةُ بِنْتُ وَهْبِ بْنِ عَبْدِ مَنَافِ بْنِ زُهْرَةَ بْنِ كِلَابِ بْنِ مُرّةَ بْنِ كَعْبِ بْنِ لُؤَيّ بْنِ غَالِبِ بْنِ فِهْرِ بْنِ مَالِكِ بْنِ النّضْر

Berkata Ibnu Hisyam: Ibunya (yakni Nabi s.a.w) adalah Aminah binti Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Lu`ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr. (Sirah Ibnu Hisyam, juz 1, hal. 110)


Rujukan: al-Yasirah Matn as-Sirah