BENARKAH MALAIKAT MAUT MELAWAT 70 KALI DALAM SEHARI?






Ia adalah berdasarkan hadis mawdhu' (palsu)!

Ini adalah hadis palsu yang menjadi sandarannya:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

إن ملك الموت لينظر في وجوه العباد كل يوم سبعين نظرة فإذا ضحك العبد بعث إليه يقول يا عجباه بعثت إليه لأقبض روحه وهو يضحك

"Sesungguhnya malaikat maut memerhati wajah hamba-hamba (manusia) di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Apabila dia mendapati hamba yang diutus dia kepadanya sedang bergelak ketawa, maka berkata malaikat maut, “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Kepalsuan hadis ini disebutkan dalam Tanzih asy-Syariah al-Marfu’ah – buku yang menghimpunkan hadis bermasalah.

Disebutkan dalam kitab Tanzih asy-Syariah al-Marfu’ah juz 2, hal. 461, hadis ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. daripada jalur periwayatan Abu Hudbah al-Farisi. Nama sebenarnya Ibrahim.

Berkata an-Nasaie tentangnya, “Matruk.” Berkata Abu Hatim, “Kazzab.” (Mizan al-I’tidal, 1/71)

Dalam Diwan adh-Dhu’afa (no. 267), adz-Dzahabi menyatakan riwayatnya adalah dusta daripada Anas bin Malik r.a.

Wallahu a’lam.





Tiada ulasan: