DUSTA: DOSA MENINGGALKAN SETIAP WAKTU SOLAT.






Dakwaan yang terdapat dalam gambar ini tentang balasan azab bagi setiap waktu solat yang ditinggalkan adalah dusta dan tiada asalnya berdasarkan fatwa no. 202724 yang dikeluarkan oleh IslamQA dot Com (klik).

MENINGGALKAN SOLAT TERMASUK DOSA BESAR.

Meskipun dakwaan yang terdapat dalam gambar tersebut adalah tidak benar, meninggalkan solat tidak sewajarnya dipandang ringan. Adz-Dzahabi dalam kitabnya al-Kabair yang menerangkan tentang Dosa-dosa Besar menyenaraikan meninggalkan solat adalah salah satu daripada dosa yang besar.

Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan banyak ancaman bagi orang yang meninggalkan solat, di antaranya adalah dua hadis yang berikut:

عَنْ نَوْفَلِ بْنِ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ فَاتَتْهُ الصَّلَاةُ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
Daripada Naufal bin Mu`awiyyah r.a, bahawa Nabi s.a.w berkata: "Sesiapa tertinggal satu waktu solat seolah-olah dia kehilangan seluruh ahli keluarganya dan hartanya." (Musnad Ahmad, no. 23642 – Shahih)

عَنْ عَبْدُ اللهِ بْنِ قُرْطٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
Daripada Abdullah bin Qurth r.a katanya: Telah berkata Rasulullah s.a.w: "Perkara terawal yang dinilai bagi seseorang hamba pada hari qiamat adalah solat. Sekiranya baginya solatnya, maka baiklah baginya seluruh amalnya. Sekiranya rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya." (Al-Mu’jam al-Awsath, no. 1859 – shahih lighairihi)



Tiada ulasan: