SEORANG YANG PALING BAHAGIA DI DUNIA, SEORANG YANG PALING DERITA DI DUNIA.





عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Didatangkan orang yang ternikmat kehidupannya di dunia dan dia termasuk golongan ahli Neraka pada hari qiyamat, lalu dicelupkan dalam Neraka sekali, lalu dikatakan: “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan sekalipun sedikit? Apakah kamu pernah merasai suatu kenikmatan sekalipun sedikit?” Ia berkata: “Tidak. Demi Allah, ya Tuhanku!” 

Juga akan didatangkan orang yang paling menderita hidupnya di dunia dan dia termasuk ahli Syurga, lalu dia dimasukkan sekali masuk dalam Syurga, lalu dikatakan padanya: “Wahai anak Adam, apakah engkau melihat suatu kesengsaraan, sekalipun sedikit? Apakah engkau pernah merasai suatu kesukaran sekalipun sedikit?” Ia menjawab: “Tidak, demi Allah, tidak pernah ada kesukaran pun yang menghampiri diriku dan tidak pernah aku melihat suatu kesengsaraan sama sekali.” 

(Shahih Muslim, 13/411)

Tiada ulasan: