HADIS PALSU: MAKAN TEMBIKAI KETIKA HAMIL, LAHIR ANAK YANG BAGUS!


 
Hadis di bawah ini telah tersebar secara meluas dalam blog:

ما من امرأة حاملة أكلت البطيخ إلا يكون مولودها حسن الوجه والخلق

“Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”

Darjat Hadis. 

Hadis ini adalah mawdhu' dan dusta. Tidak hadis yang shahih tentang kelebihan-kelebihan memakan buah tembikai. 

Berkata Ahmad bin Hanbal, "Tidak shahih tentang fadhilat tembikai, kecuali Rasulullah s.a.w. pernah memakannya." (Asrar al-Marfu'ah Fii al-Akhbar al-Mawdhu'ah, 1/486)




 

Tiada ulasan: