MERANCANG HIDUP DAN MERANCANG KEMATIAN



Dalam kita merancang kehidupan, jangan lupa untuk 'merancang kematian'. Bukan saya suruh bunuh diri.

Maksud saya adalah rancang bagaimana kita mahu mati, adakah dengan husnul khatimah atau suul khatimah?

Ini kerana akhir hidup kita itu adalah penentu kehidupan kita di alam kubur dan akhirat sana.

Ada orang kaki ibadah beberapa tahun, setelah itu dia bergelumang dengan maksiat beberapa hari, lalu dia mati dalam keadaan Allah s.w.t murka pada dia.

Ada orang kaki maksiat beberapa tahu, setelah itu dia bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, lalu dia mati dalam keadaan Allah s.w.t redha pada dia.

Persoalan, bagaimana mahu mencapai husnul khatimah atau kesudahan hidup yang baik?

Doa pada Allah s.w.t agar dia tetapkan hati kita dalam iman dan amal solat. Bila buat dosa segera bertaubat dan usaha untuk istiqamah dalam setiap amal kebaikan. Muhasabah diri setiap hari dan selalu ingat mati.

1 ulasan:

Masshah berkata...

Assalamualaikum Ustaz, salam ukhwah dan ziarah ilmu di sini...

Perkongsian dari Ustaz ringkas tapi amat bermakna sekali, benarlah kehidupan ini perlu dirancang, di dunia pun mahu pun akhirat akhirnya nanti.

Muhasabah kematian yang perlu direnungkan, kemataian itu pasti, bila-bila, di mana-mana. Namun bagaimana pun kehidupan harus diteruskan.

Kedua-duanya perlu dirancang oleh manusia, kerana kehidupan yang kekal abadi adalah di Negera Akhirat. Di situlah tempat akhirnya. Pilihan di tangan kita, mahu bahagia selamanya di dalamnya atau sengsara selamanya di dalamnya.

Sekian.