TIP PENULISAN: PINDAH CATATAN FACEBOOK KE BLOG.



Sesiapa yang rajin menulis di Facebook, tetapi tiada blog, saya cadangkan pindahkan post-post ilmu anda daripada Facebook ke blog. Walaupun tulisan anda itu kelihatan sedikit, cuma beberapa rangkap, tetapi isinya bermanfaat.

Kelebihan blog, ia lebih teratur dan mudah untuk dicari apabila kita perlukan. Tulisan di Facebook, biasanya akan ditelan post-post baru. 'Scroll wall' untuk cari tulisan lama pula benda yang kurang seronok. Bila kita letak post-post Facebook kita ke blog, mencarinya apabila kita perlu adalah lebih mudah di kemudian hari.

Selain itu catatan di blog juga dapat diindeks oleh Google, maka ia boleh ditemui oleh orang lain, walau tulisan itu sudah lama.

Jika mahu lebih 'advance', kumpul post-post dalam Microsoft Word. Tulis elok-elok. Ada rezeki, boleh jadi buku. Tidak jadi buku besar, buku kecil pun boleh untuk tatapan generasi akan datang.





1 ulasan:

Masshah berkata...

Assalamualikum Ustaz, salam ziarah...

Tip yang bagus, sebenarnya saya sudah buat seperti apa yang Ustaz sarankan di atas. Mana-mana post yang menarik saya copy balik dalam Word. Teringin juga nak tulis buku sebelum dipanggil Ilahi...he3.

Ok, ustaz teruskan menulis, biar ringkas tapi signifikan...ha3, ayat Prof. Kamil Ibrahim.